[BRUNEI] J2: J RETRIBUSI | DI PAWAGAM 24 JUN 2021 (Official Trailer)

J2: J RETRIBUSI, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi. Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), seorang bekas ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang kini menjadi pengawal peribadi kepada usahawan terkenal Dato’ Hisham (Rosyam Nor), melawan masa untuk menyelamatkan beliau dan anaknya Nadi (Ainin Batrisya), dari sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Taufiq (Allahyarham Ashraf Sinclair). Jay, menjadi harapan mereka untuk menentang penjenayah bersama Chang (Chen YiMing) yang juga merupakan pengawal peribadi dengan pengurus hotel, Amy (Amelia Henderson) untuk memastikan semua tebusan dalam keadaan selamat. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Allahyarham Ashraf Sinclair, Rosyam Nor, Ainin Batrisya, Chen Yiming, Amelia Henderson dan ramai lagi. J2: J Retribusi - Di pawagam-pawagam Brunei mulai 24 Jun 2021! Tonton MV lagu OST “Ralit“: Strim lagu OST “Ralit“: #J2 #JRetribusi #ZulAriffin #FilemWajibTonton
Back to Top